Sunday, January 30, 2011

true love









seriously, I cried watching this video. T_T
sangat-sangat tersentuh.
how he really loves her even in that condition,not everyone will do that.
betollah,apa akan jadi,kita tak tau,so,hargailah orang-orang di sekeliling kita especially yang tersayang.
Jangan bila dah tak ada,dah sakit,barulah nak menyesal.
I respect Chris Medina for never leaving her.
Selalunya,bila dah disabled macam tu,tak ramai yang akan stay sayang kita macam masa kita sempurna.Renung-renungkanlah. ^^

Monday, January 24, 2011

ini entry untuk penggemar fesyen!

Hello hello kopi milo!
okeh,I'm sure most girls are crazy about attires and fashions.Paling tak ponlah, you are aware of what you wear everyday.betol tak?(guys pon same je,right?).So,si penggila fesyen,ini berita baik untuk you all!yang tak gila fesyen tapi suka main pakai-pakaikan baju kat patung or main game berunsur fesyen pon boleh join jugak!takde halnye derr.HEHE.

join mane?sini!sini!


kenapa I cakap website ni best?because you can dress up your model with designer's clothes, shoes, handbags, and so on. ada yang lagi best yang takde pada game lain, but you have to see it for yourself lah.I dont wanna spoil the fun! ^_^
wanna see styles that I create? (this style has the highest vote up to today)


bangga tak bangga bila non-Malaysian voted for us Malaysians!see for yourself! <3



If you think this is agak kebaratan, well it's my sense of style and plus it's not me wearing those outfits. But hell yeah, ada Malaysians in this looklet yang mengetengahkan konsep Malaysia in styling their models. A good thing isn't it?

Let's be creative people!

Ehem,bila da join looklet dont forget to follow me here ya?
http://gb.looklet.com/user/671506/ 



p/s: let me know if you guys has sign up for looklet okay?have fun! (:

t.t.f.n (n_n)

Saturday, January 22, 2011

berbintang-bintang

Halooooo!!eh,biadapnye kau!Salam...
hehe.maaf.maaf.excited pulak nak update belog nih.Entry kali ni nak cakap tulis pasal bintang.Bukan bintang kat atas langit mahupun yang keluar atas kepala bila korang terhantuk dinding,katil dan sebagainya tapi ini adalah bintang pojaan hatiku!cewah.HAHAHA

rase nak cepuk tak?cepuk je.gedik sangat =_="
okeh,nak dijadikan ceghita, malam tadi adalah movie night. Disebabkan Segamat (no offense org Segamat) tak ada panggung opera wayang, so kami budak UiTM ni selalu jadikan lappy tersayang kami sebagai screen+bilik terchenta sebagai panggung wayang.Kesian tak?Kesian tak?Bezannya hanya kaum sejenis dibenarkan masuk!nak dating kau pegi Melaka okeh?! :P

Malam tadi supposedly malam hantu  . Eh kau, ikut sedap je. Bukan, malam tengok cerita hantu sebenarnya. So, 1st movie yang ditengok ditonton ----> Damping Malam!Jeng.Jeng.Jeng. 

Tapi, disebabkan kami-kami ni penakut ( I mean takut tengok cerita hantu, yang lain berani), kami bawa bekal bintang. Logik tak bunyi? tak logik nasiblah. Kami bawa bekal bintang yang lipat-lipat tu ha. Ala, yang masa kecik-kecik dulu selalu main, tak cukup kertas warna-warni potong buku AVON ibu! (sory bu,adik tak sengaja)

So, bila jari-jemari runcing dah sibuk lipat bintang-bintang, mata pon kejap melilau kat bintang kejap ke screen besar, memang tak dapat nak digest sangatlah perasaan takut tu.HEHE.cara bijak untuk sang penakut hantu macam kami saya.Tapi, ceghita Damping Malam berjaya jugaklah didigestkan dan dikomen-komen, bila masuk ceghita Ngangkung da start pending da. Cerita bintang lagi hebat! 






kami berjaya menghabiskan enam paket bintang kecil!chantek lahh.no wonder ini lagi memikat hati dari cerita dalam panggung. :)



Tssk.Tssk. Bangga dengan hasil jari-jemari sendiri. Maklumlah dah berzaman tinggal seni lipat-lipat bintang ni. Tu baru yang kecil, tunggu bintang besar.



bintang-bintang bessar ni sumpah lagi chomel!rasa nak telan satu-satu macam cookies. 


 
Tapi, sayangnya, bintang-bintang ni bukan saya punya. T_T  Hanya menolong melipat untuk insan terpilih. Tak apa, next time aku tempah korang tolong lipat bintang aku pulak! HAHAHA.

Psst. Encik Moncet, ini untuk kamu. Even saya tak dapat lipat bintang untuk kamu this time, next time saya lipat untuk kamu pula ye. *blushing*




I LOVE YOU (:

t.t.f.n (n_n)

Wednesday, January 19, 2011

Zaman itu :)

Tak tau kenapa, tiba-tiba rindu. Asyik teringat je dan rase nak ulang semula masa yang da berlalu tu. Eh, in bukan entry jiwang tau, I'm actually talking writing bout my childhood (:
Mungkin sebab bila jadi kanak-kanak tak payah fikir banyak benda macam sekarang. Dalam kepala cuma ada cartoon, toys, cartoon and toys.Betol tak? Salah. Tapi entry kali ni nak cover about toys dulu.Cartooooon laterlah.HEHE.



1st thing that I missed as a child is my Babie Barbie. typical.uhuh.
I have like 5 Barbie.eh Barbies la kan?plural.

Barbie dulu dan sekarang macam dah lain.Or is it me as a grown up I feel they are different? =_="


 
why do I like Barbie? Sebab cantek. Biasela budak-budak kan, no, perempuan kan of course la suka benda-benda yang cantik dan comel-comel. Betol tak? Salah lagi
Barbie always come with few accessories like shoes and handbags and glitter clothes. and and and once I really want a Barbie house. you know, the whole set of Barbie house. Bila keluar iklan Barbie kat TV I was like drooling. (sekarang da tak banyak iklan Barbie kan? I guess Mattel dah xda modal nak advertise Barbie)


this is what a Barbie doll house looks like in the inside. *eyes still sparkling after 16 years*
 


tapi malangnya, tak kesampaian T_T. I only have a set of Barbie's kitchen je. It comes with refrigerator and stove and kitchen utensils. Bolehlah, dari tak dapat langsung kan.



Next, I miss my baby dolls. Yea, ba-by dolls. I was a baby playing with a baby.






atas nih cuma random pix je.I guess this is some sort of baby doll ala-ala POOH gitu. mine was the one yg bile kite baringkan, die tutup mata+boleh bagi minum and nanti die kencing buang air.kalau zaman sekarang ala-ala Baby Alive lah. Tapi bila da berumur ni kan, hey I mean in 20's ni kan, I ada sorang niece yang giler baby doll tau. She has like 90+ baby dolls up to today. Bila dtg rumah die, bile malam I and her elder brother jadi takut tau. Coz ade certain dolls yang boleh sing lagu Arab. Just imagine when you are sleeping, suddenly you heard an eerie song~ duhh. *kiteorang selalu hide that doll*






Kalau you all ingat I ni cam geli-geli gurly-gurly you are wrong. Because I played with LEGO.
Ala, bata-bata LEGO yang colourful bila susun boleh jadi KLCC. Best gilerrrr oh! 



superb design!I can never build this!



Kalau dulu LEGO cuma dalam baldi die kan? I call it baldi coz I dont know the exact name for the LEGO container. Ignore me. Zaman sekarang, LEGO comes in Star Wars Edition lah, jets, firetrucks etc. Untung budak-budak zaman sekarang. I envy them, no, my nephews.






Hah, lagi satu!lagi satu!pernah main tanah yang liat-liat tu tak? We call it Play-Doh. Toys ni kalau sampai sekarang suruh main pon I main lagi tau! So bolehlah, menginvestkan money anda untuk birthday present I by giving me few sets of Play-Doh. few sets.again. few sets. ^_^


bestlaaaaa.korang tak rasa best ke?



see?a birthday set!please ignore the age 2 when you buy this for me.







*ting tong*
loceng kelas dah berbunyi ye kawan-kawan.Masa untuk kembali kepada keremajaan dan kematangan demi sesi pembelajaran di kelas.HAHAHA.darn~ toooodles!




t.t.f.n (n_n)

Monday, January 10, 2011

mari shopping sini :)

sebagai entry ke-3 untuk tahun 2011 ni, I nak promote blog yg run business shawls etc. why? jangan tanya. Ini kehendak hati, tak amek ape-ape komisyen pon by writing this entry. However, this time I can only review two blogs because these two are the only blog yang I dah tinjau-tinjau setakat ni. Later on, I'll add up to my list if I find other blogs.
Hasilnya, I jadi rambang mata oh! kenapa? sebab terlalu banyak pilihan dan budget pula teramatlah amat amat sedikit. T_T


1st is my very own sister in-law's blog Tudungshop2010.
kenapa saya promote selain reason dia adalah kakak ipar saya, adalah sebab apa yang ditawarkan gowjez oh! anda boleh lihat sendiri, sila click link di atas takpon di sidebar saya under shopping spree tu!nampak tak?tak nampak maksudnya anda ada masalah *wink*

if any of you find the shawls and etc yang ditawarkan is so for adult, or too elegant, why bother? Go buy for your mums,sisters,aunts or even your grandmas! ^^

* most of my shawls are from her blogshop's *

this is her, my gowjez kak lynn :)


okay,moving on to blog no 2 miaboutique.
ehem.this blog I found last nite through another blogger.
Seriously, lepas tinjau-tinjau ala-ala window shopping, I da jatuh hati to some of the shawls. *dalam kepala dah tolak tambah bahagi mane yang nak mana taknak*

sapa-sapa yang dah mula gila shawls or tudung syria etc macam I, pay a visit to these blogs.
It is worth it. Kaki pon tak penat nak round jalan TAR or shopping malls pakai wedges kan, just have to view and place order and and of course, the payment jangan buat-buat lupa pulak :)


p/s> any enquiries for Tudungshop2010 can be submitted to me via email ; marina_bakar@yahoo.com or just leave your comments in my shoutbox (:


t.t.f.n (n_n)






 








 

Tuesday, January 4, 2011

she's the 1st :)

Memandangkan mata yang tak boleh dipejam lg ni, alang-alang baik update blog.Tahun ni new year celebration sangat special sebab di sambut dengan wedding chot@Fatin Nurhanisah & Ulwi!
She's the 1st to get married from our batch EC. Padahal dulu rasanya sama-sama tak matang lagi. Well, alhamdulillah, jodoh die dah sampai dan lagi awal dari saya.
Umur 20 dah kawen kan?tak terasa nak menyusuli ke?HEHE.
Tapi, sayangnye empunya belog ini tak dapat hadir atas sebab2 tertentu.sedey okeh? T_T

Siapa-siapa yang nak menyusul lepas ni jangan lupa jemput tau. I'll try my best to be there. Gee~ jelez je tengok kawan-kawan EC dapat buat reunion tanpa dirancang! 
okeh,di bawah adala sedikit gambar buat tatapan. Sebab saya tak pergi, so terpaksa ambil gambar dari cik pu3 dan cik far. =_="






Chot nampak chantek dan matang.Ulwi pula nampak segak.Sepadan kan mereka? (:



comel okeh?tak sabar tunggu my own 'big day'. *berangan* HAHA :P

*may you guys last forever.amiin*

t.t.f.n (n_n)

Saturday, January 1, 2011

Goodbye 20, Hello 21!



HAPPY NEW YEAR EVERYONE!



walaupun sebenarnya sekarang ni rasa teramatlah tidak gembira, tapi hati kuat nak update baby ku ini. Ye, sebab belog ni berjaya mengurangkan rasa-rasa sengal yang bertandang kat hati sekarang ni. eceh, ayat nak matang. HEHE. 
Eh, mestilah kena matang dah. Umur dah nak masuk 21 kot! Da boleh da nak kawen. Ehem. Macam tak percaya, rasa macam baru semalam jatuh dan lutut luka sebab kejar kereta ayah tak nak kena tinggal di tadika. Bila ingat balik, bestnya jadi kanak-kanak. Tak payah fikir masalah. Bole main Barbie, bole tengok Powerpuff Girl, bole melalak suka hati, bole ngada-ngada, bole nak mintak macam-macam walau selalunya tak dapat pun. Yang penting semua bole!

Dah,dah. Kembali pada realiti ye kawan-kawan even hidup tak selalunya indah. hamek kau, lagi sekali ayat matang. Kena sampuk penyakit tahun baru, umur baru ni namanya. Takpe, jangan risau, kejap je.Esok dah bole macam budak kecik balik. :P

sebab esok da kena balik Segamat yg segar amat! Bolela nangis sambil peluk-peluk, cium-cium. ( family saja dibenarkan) melalak pon takpe. takpon menangis senyap2 dalam selimut. ha, ni junior la selalu buat.HAHAHA. ampunkan kakak! :P

lepas tacing-tacing, terus bersorak. sebab ape? sebab dah away from parents! HAHA~
oit! ta bole, ta bole. contoh buruk, jangan ikut, baca je ye adik-adik...ehem.

*gurauan semata*

sebenarnya dalam kepala ligat memikirkan azam baru. perlu ke? perlu kot. tapi selalunyalah
tuan belog ini jarang dapat capai azam yang diazamkan. *malu*

Ape-ape pun nak ucap Selamat Tahun Baru dan Alhamdulillah sebab masih diberi kesempatan untuk menjadi lebih baik pada masa sekarang dan akan datang, Insyaallah.
What past is past so don't bother to look back and regret, it's better to look up to the future and be the best. Change is nature, so change for the better! ^_^ 

p/s: kepada chot & ulwise, Selamat Pengantin Baru. Moga mahligai yang dibina kekal hingga ke syurga. Amiin~~


t.t.f.n *_*